My Add

Sunday 23 December 2012

Zaini Hassan pengerusi baru alumni UiTM

SHAH ALAM, SABTU, 22 Disember, 2012: Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) dilantik menjadi Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang melepaskan jawatan tersebut.

Menurut Timbalan Pendaftar bagi Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM, Rosilawati Abdul Jamil, perlantikan Zaini dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga Persatuan Alumni UiTM yang diadakan di Hotel Concorde di sini malam semalam.

"Perlantikan Zaini dibuat selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa baharu pada mesyuarat agung tahunan tersebut.

"Mohd. Zin melepaskan jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada muka baharu dan demi memberi ruang kepada beliau untuk memenuhi komitmen lain yang lebih penting," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment