My Add

Sunday 6 January 2013

11 maut nahas bas di Colombia

BOGOTA, AHAD, 06 Januari, 2013: Seramai 11 orang maut termasuk empat kanak-kanak dan 31 lagi mengalami kecederaan selepas bas yang dipandu laju terbabas di kawasan bukit di barat Colombia, kata polis hari ini.

Anggota Bulan Sabit Merah berkata, mangsa paling muda ialah kanak-kanak berusia setahun tetapi tidak memberi butiran kanak-kanak lain.

Bas milik syarikat Arauca berlepas dari bandar Quibo menuju Bogota, kira-kira 800 kilometer

Pihak berkuasa mendakwa pemandu bas berkenaan yang mengalami kecederaan didapati mengantuk.

"Dia sudah memandu kira-kira 12 jam," kata Pengarah Polis Trafik, Francisco Patino. - AFP

No comments:

Post a Comment