My Add

Sunday 20 January 2013

15 korban banjir Jakarta

 *SEORANG lelaki mengangkat seorang wanita warga emas ketika
 meredah banjir di sebatang jalan di Jakarta, semalam. - AGENSI

JAKARTA,SABTU, 19 Januari, 2013: Korban banjir di kota Jakarta meningkat kepada 15 orang, hari ini selepas pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat, menurut jurucakap polis, hari ini, ketika air banjir semakin surut.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, tiga mayat ditemui semalam, manakala mayat dua orang yang terperangkap di tempat letak kereta sejak kelmarin ditemui awal hari ini.

"Pasukan mencari masih bertungkus lumus mencari seorang lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di tempat letak kereta di sebuah bangunan," katanya.

Menurut beliau, pasukan penyelam, semalam berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap selama lebih 24 jam di tingkat bawah sebuah bangunan.

"Seorang lelaki yang masih hidup ditemui pagi ini dan seorang lagi juruteknik bangunan ditemui tengah malam tadi," ujar Rikwanto.

Pihak berkuasa Jakarta meningkatkan amaran banjir ke tahap tertinggi kelmarin, tetapi banjir di kebanyakan kawasan di bandar raya ini, termasuk di daerah perniagaan semakin surut hari ini dan hujan turut berhenti sejak petang semalam.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, banjir yang terburuk melanda Jakarta dalam tempoh lima tahun memaksa 18,000 orang penduduk meninggalkan kediaman mereka, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment