My Add

Tuesday 15 January 2013

152,000 murid terjejas pemandu bas sekolah mogok

NEW YORK, SELASA, 15 Januari, 2013: Pemandu-pemandu bas sekolah di New York merancang mengadakan tunjuk perasaan esok, menyebabkan kira-kira 152,000 murid-murid di bandar raya ini terpaksa menggunakan pengangkutan lain untuk sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

Kesatuan pemandu bas semalam mengumumkan untuk mengadakan tunjuk perasaan, selepas gagal mencapai kata persetujuan dengan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, berhubung soal keselamatan kerja.

Tunjuk perasaan itu turut disertai oleh petugas yang mengawasi murid-murid sekolah ketika mereka menaiki dan turun dari bas. - AFP

No comments:

Post a Comment