*SEORANG lelaki meraung kesedihan selepas ahli keluarganya terbunuh dalam satu serangan udara rejim Syria di Azaz, utara Aleppo, kelmarin. |
Pemerhati sama berkata, serangan turut berlaku di bandar Moadamiyat Al-Sham, barat daya Damsyik yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang kanak-kanak dan lima wanita.
"Semua kanak-kanak yang terbunuh daripada keluarga yang sama dan berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.
Pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu berkata, lebih daripada 3,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011.
Penentangan terhadap pentadbiran Bashar sehingga kini telah mengorbankan lebih 43,000 nyawa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula melaporkan lebih 60,000 orang terkorban. - AFP
No comments:
Post a Comment