My Add

Saturday 5 January 2013

19 warga Myanmar cuba diseludup masuk di Perlis

PADANG BESAR, SABTU,:05 Januari, 2013 Seramai 19 warga Myanmar yang dipercayai cuba diseludup masuk ditahan di Titi Tinggi, di sini, awal pagi tadi.

Mereka ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam dua buah kereta kira-kira jam 2 pagi.

Komander UPP kawasan Padang Besar, Asisten Superintendan Bahari Ahmad, berkata anggota UPP yang melakukan rondaan biasa terserempak dengan kereta berkenaan yang kedua-dua pemandunya sempat melarikan apabila menyedari kehadiran UPP.


Beliau berkata, pemeriksaan kemudiannya mendapati 11 warga Myanmar di dalam sebuah kereta Proton Waja manakala lapan lagi di dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Kesemua mereka lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun diserahkan kepada Jabatan Imigresen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment