My Add

Friday 18 January 2013

19,000 hektar laluan Gerik-Jeli sebagai hutan simpan kekal di Perak

*ABDUL Puhat Mat Nayan (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Abdul Latiff Mohamad bagi memelihara Pulau Banding sambil diperhatikan Zambry Abd. Kadir, Mustapha Kamal Abu Bakar dan Hamidah Osman di Ipoh, kelmarin.

IPOH, KHAMIS,17 Januari, 2013: Kerajaan negeri akan mewartakan kawasan hutan seluas 19,000 hektar di sepanjang laluan Gerik-Jeli sebagai hutan simpan kekal.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan mewartakan kawasan tersebut yang sepanjang kira-kira 60 kilometer sebagai bukti keseriusan dan keprihatinan kerajaan negeri untuk mengekal dan memelihara kehijauan bumi di negeri itu.

Zambry juga menyifatkan tindakan itu satu pengorbanan besar di pihak kerajaan negeri untuk generasi akan datang supaya khazanah sedia ada dapat terus dinikmati, selain memastikan haiwan liar dapat bergerak bebas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment