My Add

Monday 14 January 2013

1MTC untuk realisasikan agenda transformasi negara
KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Kerajaan akan memperkenalkan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan agenda transformasi negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), projek tersebut bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber dan kemudahan latihan sedia ada di 324 institut latihan awam seluruh agensi sektor awam.

Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan satu lagi projek National Flagship di bawah Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment