My Add

Thursday 17 January 2013

2 tahanan lolos masih berada di P. Pinang

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Polis Pulau Pinang percaya dua tahanan yang lolos dalam kejadian minggu lepas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, masih berada di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mereka tidak bergerak jauh dan masih bersembunyi di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

"Operasi Kesan Gelugor masuk hari ke-11 hari ini dan gerakan memburu dua tahanan itu giat dijalankan dan kita percaya mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.

"Kita juga turut memperluaskan kawasan operasi ke Bagan Serai, Nibong Tebal dan sekitar utara Perak serta kawasan Bukit Mertajam di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, polis juga percaya dua tahanan itu masih berhubung dengan beberapa rakan mereka bagi meminta bantuan makanan dan duit. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment