My Add

Sunday 13 January 2013

3 OKT bolos direman tujuh hari

 
PULAU PINANG, AHAD, 13 Januari, 2013:  POLIS membawa tiga orang kena tuduh (OKT), Mohd. Farid Akhtar (depan sekali), Mohd. Khairul Nizam Abdul Rani (tengah) dan Mohd. Shahrimi Mohd. Noor yang melarikan diri daripada tahanan sebelum ini, untuk mendapatkan permohonan perintah tahanan reman di Mahkamah Butterworth di sini hari ini. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN.

BUTTERWORTH 13 Jan. - Tiga orang kena tuduh (OKT) yang berjaya ditahan semula selepas meloloskan diri ketika hendak, dibawa ke mahkamah di sini pada Isnin lalu, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sarah Abdul Rahim.

Ketiga-tiga OKT berkenaan iaitu Mohd. Khairul Nizam Abdul Rani, 26; Mohd. Farid Akhtar, 24, dan Mohd. Shahrimi Mohd. Noor, 28, direman atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan dan mencederakan anggota polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment