My Add

Tuesday 22 January 2013

3 rakyat kita yang terselamat kini di Algiers

PULAU PINANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Tiga rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian serangan pengganas di Algeria telah dipindahkan dari bandar In Amenas ke ibu kota negara itu, Algiers, bagi urusan membawa mereka pulang ke tanah air.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya akan menguruskan kepulangan mereka dan dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

"Keadaan mereka bertiga selamat dan kita masih berusaha mendapatkan maklumat mengenai nasib dua lagi rakyat negara ini yang sehingga kini tidak diketahui.

"Kita akan bekerjasama dengan syarikat tempat mereka bekerja di sana bagi menguruskan kepulangan ketiga-tiga yang terselamat itu ke tanah air," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu itu, seramai 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) di In Amenas, timur Algeria dan menjadikan 150 pekerja termasuk 41 warga asing sebagai tebusan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment