My Add

Saturday 19 January 2013

3 rakyat Malaysia disahkan selamat

Oleh UMAVATHI RAMAYAH, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS, 
KASTHURI JEEVENDRAN dan SHEILA RANI CHANDRASEKARAN


    K. Ravi, Lau Seek Siang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januarri, 2013: Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di Algeria terselamat dalam insiden tebusan kumpulan militan yang menawan kompleks pemprosesan minyak dan gas milik syarikat Britain, BP, di In Amenas di timur Algeria, kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu, dua daripada mereka iaiatu K. Ravi, 48, dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38, (Sarawak) yang sebelum ini dijadikan tebusan kini selamat bersama tentera Algeria.

Kata beliau, dua lagi rakyat Malaysia iaitu Chong Ngen Chung dan Tan Ping Wee masih belum diketahui statusnya.

Tambahnya, seorang lagi rakyat kita iaitu Patrick Purait Awang telah dibebaskan lebih awal dan dia telah menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment