My Add

Thursday 10 January 2013

3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

KANGAR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di sebuah pondok dalam kawasan sawah padi di Jalan Ngulang, Mata Ayer pada 31 Januari 2012.

Mohamad Fitri Salleh, 21, seorang tukang rumah, dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam dan 8.45 malam.

Dua lagi tertuduh yang bekerja sendiri iaitu Nor Azwan Ibeniamin, 23, dituduh melakukan perbuatan itu antara 9 malam dan 9.10 malam manakala Mohamad Yusri Rosli, 19, pula antara 9.20 malam dan 9.30 malam pada tarikh yang sama.

Mereka yang semuanya beralamat di Kampung Baroh dekat sini dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis yang ketika itu berusia 14 tahun empat bulan di lokasi sama.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment