My Add

Saturday 12 January 2013

40 pusat tugasan polis trafik kawal 12 lokasi hari ini

 *DUA anggota polis Kuala Lumpur membawa anjing pengesan untuk membuat pemeriksaan bom di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad berhadapan Dataran Merdeka, semalam sebagai langkah berjaga-jaga sebelum Himpunan Shamsidar diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, jumaat, 11 JanUARI, 2013: Polis mengenal pasti sebanyak 12 lokasi untuk menempatkan 40 pusat tugasan anggota trafik bagi mengawal dan memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang berlangsung Himpunan Shamsidar di ibu negara esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, 40 pusat tugasan itu akan menempatkan semua anggota polis biasa dan anggota trafik di mana lokasi peserta berkumpul sebelum berarak ke Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka.

"Polis menyediakan jumlah keanggotaan lebih dari mencukupi yang akan memulakan tugasan seawal pukul 6 pagi bagi mengawal keadaan lalu lintas sepanjang tempoh himpunan itu berlangsung dijangka bermula pukul 2 petang hingga 5 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment