My Add

Thursday 17 January 2013

4,000 belum mohon pengecualian bayaran PTPTN

TEMERLOH, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment