My Add

Thursday 24 January 2013

42 maut, pengebom letupkan diri pada majlis pengkebumian

KIRKUK, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah masjid Syiah di utara Baghdad yang penuh sesak semalam, mengakibatkan 42 orang terbunuh dan 75 lagi cedera.

Dalam kejadian di Masjid Sayid al-Shuhada di Tuz Khurmatu, 175 kilometer utara Baghdad itu, suspek menjadikan majlis pengkebumian seorang saudara kepada ahli politik yang ditembak mati sehari sebelumnya sebagai sasaran.

``Mayat dapat dilihat bertaburan di atas lantai masjid. Pengebom itu berjaya meloloskan diri sebelum meletupkan diri di tengah-tengah tetamu yang datang memberi penghormatan,’’ kata Datuk Bandar Tuz Khurmatu, Shallal Abdul.

Bagaimanapun tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, kejadian berdarah dalam tempoh enam bulan. - AFP

No comments:

Post a Comment