My Add

Thursday 10 January 2013

50 cedera feri sarat penumpang rempuh jeti

NEW YORK, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Sekurang-kurangnya 50 cedera apabila sebuah feri yang sarat dengan penumpang merempuh sebuah jeti di New York City, semalam.

Jabatan Bomba New York berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi waktu tempatan di Jeti 11 di Sungai Timur di Manhattan, tidak jauh daripada Wall Street.

Difahamkan, feri itu baru sahaja tiba dari New Jersey.

"Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 50 orang mangsa ketika ini dan belum mengenal pasti kecederaan yang mereka alami," kata jurucakap polis New York. - AFP

No comments:

Post a Comment