My Add

Friday 11 January 2013

6 maut kebakaran hotel di Filipina

MANILA, JUMAAT, 11 Januari, 2013:: Enam orang termasuk warga asing terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan hotel kecil berhampiran bekas pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Filipina, hari ini.

Berdasarkan senarai tetamu hotel, mangsa ialah tiga adalah warga AS, seorang rakyat Korea Selatan manakala dua wanita pula belum dikenal pasti kerakyatan mereka.

Bagaimanapun, penyiasat masih belum dapat mengenalpasti identiti mangsa ketika kebakaran yang melanda Hotel Dryden di utara pelabuhan kawasan berkenaan.

"Kawasan ini didiami ramai bekas tentera Amerika Syarikat yang sudah bersara," katanya.

Layug berkata, mereka menetap di sekitar kawasan Olongapo selepas tentera AS menutup Pangkalan Tentera Laut Subic pada 1991. - AFP

No comments:

Post a Comment