My Add

Thursday 17 January 2013

71 buah IPT tempatan diiktiraf kerajaan China

PUTRAJAYA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Sebanyak 71 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran China pada Selasa lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chong berkata, kesemua IPT berkenaan melibatkan 20 universiti awam, 26 universiti swasta dan selebihnya kolej universiti di negara ini.

Beliau berkata, ekoran daripada pengiktirafan itu, pihak kementerian menjangkakan berlaku peningkatan sehingga 50 peratus terhadap jumlah kemasukan pelajar China di IPT tempatan.

"Sehingga kini terdapat seramai 10,000 pelajar China menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di negara ini.

"Mereka sebelum ini menghadapi masalah untuk memilih Malaysia kerana khuatir kerajaan China tidak mengiktiraf IPT di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Antara IPT yang diiktiraf ialah Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Malaya (UM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Senarai IPT berkenaan boleh di dilihat dalam laman web Kementerian Pelajaran China di www.moe.edu.cn. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment