My Add

Monday 7 January 2013

8 cedera nahas kereta api di timur Turki

ANKARA, ISNIN, 07 Januari, 2013: Sekurang-kurangnya enam orang penumpang dan dua pekerja cedera selepas sebuah kereta api penumpang bertembung dengan gerabak barang dalam nahas di timur Turki.

Agensi Berita Anadolu berkata, kereta api penumpang itu yang dalam perjalanan dari bandar Adana, selatan negara itu merempuh gerabak barang yang sedang bergerak di stesen wilayah Elazig.

Penumpang yang cedera diberikan rawatan tetapi dua pemandu lokomotif dikejarkan ke hospital. - AP

No comments:

Post a Comment