My Add

Wednesday 9 January 2013

81 peratus ruang ditempah untuk LIMA'13

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA '13) yang bakal dianjurkan dari 26 hingga 30 Mac ini telah menerima tempahan sebanyak 81 peratus atau 4,845 meter persegi daripada 5,981.4 meter persegi ruang yang ditawarkan kepada pempamer.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 450 penyertaan pempamer disasarkan iaitu meningkat 10 peratus daripada dua tahun lalu dan dijangka mencatatkan rekod penganjuran terbaik.

"Penganjuran ini berpotensi besar menjadi pintu masuk utama kepada pasaran pertahanan dan komersial serantau pada masa hadapan.

"Ini merupakan peluang terbaik bagi LIMA untuk menaikkan martabatnya di mata pemain industri pertahanan memandangkan ASEAN dan Asia secara amnya adalah kawasan pertumbuhan tinggi bagi sektor maritim serta aeroangkasa sedunia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment