My Add

Monday 14 January 2013

9 termasuk kanak-kanak maut serangan di Damsyik

BEIRUT, ISNIN, 14 Januari, 2013: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas bandar Hazzeh, timur Damsyik, hari ini susulan tekanan yang dilancarkan rejim Syria terhadap puak pemberontak.

"Pesawat pejuang mengebom zon pemberontak di pinggir Damsyik dan di wilayah utara Aleppo," kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Angka korban kini meningkat kepada 100 orang termasuk 14 kanak-kanak di seluruh negara itu.

"Sekurang-kurangnya sembilan orang awam kebanyakannya kanak-kanak terbunuh dalam serangan di kawasan Hazzeh, Timur Ghuta," katanya sambil merujuk kepada pinggir bandar ibu negara Syria.

Sementara itu, Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, berkata setakat ini beliau belum dapat mengesahkan jumlah sebenar kanak-kanak yang terkorban dalam serangan terbabit tetapi memberitahu sekurang-kurangnya dua mangsa berusia bawah empat tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment