My Add

Tuesday 15 January 2013

96 nelayan terima elaun sara hidup

*MELAKA 15 Jan. - SEBAHAGIAN daripada 796 nelayan dari sekitar negeri ini menunjukkan sampul berisi elaun sara hidup nelayan berupa tunai RM200 selepas majlis penyampaian di Dewan Hang Tuah, Melaka di sini hari. - UTUSAN/AZLI AHAD

MELAKA, SELASA, 15 Januari, 2013: Sebanyak 796 nelayan dari sekitar negeri ini hari ini menerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM200 setiap seorang bagi membantu meringankan bebanan golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad menyampaikan elaun tersebut kepada para penerima di Dewan Hang Tuah di sini hari ini.

Pemberian elaun kepada para penerima terdiri daripada nelayan dan awak-awak itu melibatkan peruntukan RM159,200 daripada kerajaan Pusat.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Pembangunan Desa dan Pertanian negeri yang juga ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Melaka/Negeri Sembilan, Baharin Omar dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Selatan, Abdullah Yahya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment