My Add

Saturday 26 January 2013

Akar umbi Pas tidak senang dengan DAP, PKR

BUKIT MERTAJAM, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Kebanyakan ahli Pas di peringkat akar umbi kesal dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, maklum balas itu diperoleh hasil tinjauan beliau secara rawak dan dalam pertemuan empat mata dengan golongan tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, disebabkan patuh terhadap kepemimpinan mereka, ahli-ahli akar umbi Pas itu terpaksa menerima apa juga keputusan yang dibuat.

"Ahli-ahli Pas sebenarnya kurang senang bekerja dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi atas dasar patuh dengan kepemimpinan, mereka terpaksa menerimanya.

"Jadi apabila tercetus isu-isu yang melibatkan akidah umat Islam maka keluarlah rasa tidak puas hati yang sudah lama terpendam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment