My Add

Friday 25 January 2013

Akibat kemiskinan tiga beradik mungkin berhenti sekolah

 *NOR Baini Zakaria (dua dari kanan) bersama empat daripada tujuh anaknya di rumah mereka di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan semalam.

PASIR PUTEH, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Harapan seorang ibu tunggal, Nor Baini Zakaria, 40, dari Kampung Bukit Abal di sini untuk melihat anak sulungnya menamatkan pengajian seterusnya bekerja bagi membantu keluarga yang hidup dalam kemiskinan, tidak kesampaian apabila anak lelakinya itu memutuskan untuk menangguhkan sementara pengajiannya.

Mohd. Muzzamal Md. Sayuti, 20, anak sulung daripada tujuh beradik, menuntut di peringkat Diploma Ukur Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Menurut Nor Baini, anaknya itu terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk bekerja bagi mencari duit membantu keluarga, berikutan kematian arwah suaminya, Md. Sayuti Majid, 52, sebulan lalu, akibat lelah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment