My Add

Friday 25 January 2013

Amah dipenjara 12 bulan kerana bunuh anjing

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membunuh seekor anjing betina milik anak saudara majikannya, dua minggu lalu.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan Heltija Bulu, 26, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Januari lalu.

Heltija didakwa membunuh seekor anjing betina baka Yorkshire Terrier berharga RM3,000 kepunyaan Teh Kelly, 18, di Jalan Sri Hartamas 4, Taman Sri Hartamas, Brickfields dekat sini pada 1.21 tengah hari, 10 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul anjing itu diruang tamu dan kemudiannya membawa haiwan itu ke dalam bilik air lalu mencampakkannya ke penjuru tandas.

Bedah siasat oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh mendapati punca kematian anjing betina itu akibat penderaan membabitkan objek tumpul yang menyebabkan kematian secara 'Hypovolemic Shock'.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment