My Add

Tuesday 15 January 2013

Ambil suntikan vaksin jika ke AS

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Rakyat Malaysia khususnya warga emas yang ingin memasuki Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara yang dilanda musim sejuk dinasihatkan berwaspada bagi mengelak jangkitan selesema.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana terdapat laporan sekurang-kurangnya 28,747 kes dengan 20 kanak-kanak di AS maut akibat jangkitan itu.

Bagaimanapun jelasnya, jangkitan berkenaan tidak merebak ke negara ini dan perkara itu biasa melanda pada musim sejuk di negara-negara berkenaan.

"Oleh itu, rakyat jangan bimbang. Kalau mahu ke negara-negara terbabit, dapatkan suntikan tertentu khususnya berkaitan selesema," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Gabenor New York, Andrew Cuomo mengisytiharkan darurat di seluruh bandar raya itu selepas wabak selesema menyebabkan lebih 19,000 orang sakit, langkah yang membolehkan pakar farmasi memberi imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment