My Add

Thursday 17 January 2013

Ambil tindakan tegas terhadap Patrick Teoh

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Pihak berkuasa agama dan keselamatan didesak mengambil tindakan tegas terhadap Patrick Teoh atas tindakan pelakon itu menghina Islam melalui laman Facebooknya hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan pelakon itu mengguris perasaan umat Islam, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang mewakili 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap Patrick mengikut peruntukan undang-undang.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, umat Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan politik harus bersatu menentang kecenderungan segelintir pihak luar yang semakin berani memperlekeh kesucian Islam sejak kebelakangan ini.

"Sekiranya tindakan pihak yang berani menghina Islam seperti Patrick ini tidak dibendung pihak berwajib, saya yakin lebih ramai akan bertambah berani mengeluarkan kenyataan seumpama itu sekali gus menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini  - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment