My Add

Sunday 20 January 2013

Amerika Syarikat arah rakyatnya tinggalkan Mali

WASHINGTON, AHAD, 20 Januari, 2013: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua ahli keluarga kakitangan kedutaan negara ini supaya meninggalkan Mali di tengah-tengah peningkatan konflik di negara itu.

Arahan yang dikeluarkan lewat kelmarin menyusul ekoran tindakan pengganas yang menawan kompleks pemprosesan minyak dan gas di Algeria yang turut bersempadan dengan Mali.

``Pada 18 Januari, Jabatan Negara mengarahkan semua ahli keluarga yang tidak bekerja di kedutaan AS di Bamako, Mali supaya meninggalkan negara itu bagi tempoh sehingga 30 hari,’’ kata notis itu. - AFP

No comments:

Post a Comment