My Add

Thursday 10 January 2013

Anak syarikat Petronas bina paip gas di Kanada

OTTAWA, KHAMIS, 10 Januari, 2013: TransCanada semalam mengumumkan untuk membina saluran paip gas semulajadi dari wilayah North Montney ke pelabuhan Pacific Coast yang bernilai AS5.06 bilion (RM15.3 bilion).

Menurut TransCanada, Progress Energy akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina, memiliki dan menguruskan saluran paip untuk menyalurkan gas kepada terminal cecair gas semulajadi yang kini dalam pembinaan berhampiran Prince Rupert, British Columbia.

Progress Energy, yang dibeli oleh syarikat minyak Petronas baru-baru ini, dimana kedua-duanya bertanggungjawab menguruskan lapangan syal gas North Motney dan bangunan terminal LNG. - AFP

No comments:

Post a Comment