My Add

Monday 14 January 2013

Angkasa ceburi perniagaan farmasi

*ABDUL Fattah Abdullah (dua dari kanan) dan Mansor Abdul Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Hemodialisis Angkasa Temerloh, Pahang, kelmarin.
TEMERLOH, AHAD, 13 Januari, 2013: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) akan menceburi bidang perniagaan farmasi bagi menyokong serta membekalkan ubat-ubatan ke Pusat Hemodialisis Angkasa (PHA) di seluruh negara.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, farmasi tersebut kelak dapat membekalkan ubat kepada pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan di pusat tersebut.

Tambahnya, perkhidmatan itu akan mula beroperasi apabila lebih separuh daripada 50 PHA siap dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Setakat ini Angkasa sudah membina sebuah PHA di daerah ini dan Bayan Baru, Pulau Pinang dengan setiap satu berharga RM1 juta.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment