My Add

Monday 14 January 2013

Anwar 'tukang belit' politik


*TUNKU Adul Aziz menjawab soalan wakil media selepas program Kami Pernah Berada Dalam Pakatan Pembangkang di Butterworth, semalam. - Foto Ramdzan Masiam/BH

Penasihat PKR hanya mahu kuasa tanpa fikir soal negara: Tunku Aziz

BUTERWORTH, AHAD, 13 Januar, 2013: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'tukang belit' yang hanya mahukan kuasa di Putrajaya tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan masa depan negara.

Beliau berkata, Penasihat PKR itu memutarbelitkan fakta sehingga orang percaya semata-mata mahu memenuhi sasaran ke Putrajaya.
"Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita," Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP."
“Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita.

“Apa akan jadi dalam tempoh 50 tahun akan datang jika kita tersilap memilih parti yang tidak tahu cara pentadbiran,” katanya pada program Kami Pernah Berada Dalam Pakatan Pembangkang, di Dewan Kampung Paya, di sini hari ini..

Hadir sama Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syamsul Hidayat Mohd Shariff dan bekas Anggota Jawatankuasa dan Ketua Cabang PKR Bentong, Osman ishak.

Tunku Aziz berkata, beliau mahu yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang bangsa yang perlu bersatu.

“Cuba lihat Barisan Nasional (BN), memerintah lebih 50 tahun dan cuba lihat di sekeliling kita. Bandingkan apa dilakukan kerajaan pembangkang. Sungguhpun bencikan BN, janganlah tolak 100 peratus kerana tidak semua yang buruk.

“Rakyat ramai berpecah belah kerana politik pembangkang. Apabila nak buang undi pada pilihan raya nanti, fikirlah masa depan kita, bukan fikir untuk setahun atau dua tahun akan datang," katanya.

Mengenai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Tunku Aziz berkata, DAP menyingkirkan sesiapa yang bijak daripada parti itu kerana mahu pastikan agenda mereka tercapai.

“Guan Eng bukan orang Pulau Pinang pun, orang Melaka yang dibuang. Beliau tidak tahu apa yang rakyat negeri ini mahukan,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment