My Add

Monday 7 January 2013

'Apa susah sangat nak tarik balik'

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib memainkan peranan beliau sebagai ulama dengan menarik segera amanat tahun 1981 yang membawa perpecahan dan bukan bermain politik dalam isu tersebut.

Bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani berkata, jika Abdul Hadi terus berdolak-dalik dalam isu berkenaan maka Presiden Pas itu masih kekal dengan hakikat kafir bersahabat dengan parti bukan Islam.

"Apa yang susah sangat nak tarik balik sedangkan ini isu akidah. Inikah peranan ulama? Beliau kena ingat ini bukan isu basi. Di Terengganu masih berlaku solat dua imam, di Kelantan masih berlaku cerai kerana berbeza ideologi politik.

"Saya tidak kisah kalau dia nak perlekeh saya sekadar guru sekolah rendah walaupun pada hakikatnya saya guru sekolah menengah. Walaupun kerana didikan guru yang diperlekehnya inilah ramai menjadi insan mulia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment