My Add

Tuesday 15 January 2013

Azrul Azwa akan saman Malaysian Insider kerana putar belit fakt

 
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Azrul Azwa Ahmad Tajuddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysian Insider kerana memutar belit kenyataannya yang disiarkan dalam The Straits Times of Singapore.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) itu mendakwa, perbuatan Malaysian Insider itu telah menjejaskan nama baik, reputasi dan masa depannya sebagai kakitangan Bank Islam.

"Saya sebenarnya masih dalam keadaan terkejut kerana tiba-tiba sahaja saya didakwa dengan pelbagai tuduhan sedangkan apa yang dilaporkan oleh Malaysian Insider itu salah sama sekali.

"Bagi saya Malaysian Insider berniat jahat kerana memutar belitkan analisis yang dibentang oleh saya, sedangkan perkara sebenar tidak seperti yang digambarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment