My Add

Tuesday 15 January 2013

B10 atasi kejatuhan harga minyak sawit

Oleh Fadzil Zainol ARIFFIN 

 

 *BERNAR Dompok menunjukkan buah sawit Dura selapas melancarkan Seminar Kajian dan Prospek Minyak Sawit Negara di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Pelaksanaan program kandungan sawit dalam bio diesel daripada lima peratus (B5) kepada 10 peratus (B10), dijangka mampu mengurangkan lambakan bekalan sawit negara, yang selama ini menjadi punca kejatuhan harga komoditi tersebut.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, program yang dikatakan bakal diperluaskan menjelang akhir tahun ini, berupaya meletakkan paras lambakan sawit pada kedudukan yang lebih baik.

Katanya, ketika ini, jumlah lambakan itu berjumlah 2.63 juta tan sementara paras yang sesuai adalah tidak lebih dua juta tan.

"Semua pihak terlibat sedang berusaha memastikan program ini berjalan dengan lancar. Hal itu termasuklah pembinaan fasiliti penghasilan bio diesel tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment