My Add

Tuesday 15 January 2013

Bagaimana pendirian Abdul Hadi, Mat Sabu?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Pendirian baharu Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah khusus buat agama Islam hanya akan diyakini rakyat sekiranya beberapa pemimpin parti itu yang dilihat cenderung menyokong gesaan DAP sebelum ini turut sama menyatakan pendirian mereka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, langkah itu penting bagi memastikan isu tersebut selesai setakat ini dan tidak lagi dipolitikkan pihak-pihak tertentu terutamanya pakatan pembangkang pada masa depan.

"Oleh itu, saya mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu untuk menyatakan pendirian mereka kerana kita tidak mahu keputusan itu diperkotak-katikkan sekiranya masih wujud golongan parasit dalam parti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment