My Add

Tuesday 22 January 2013

Banjir: 252 orang dipindahkan di Kota Tinggi

Oleh FARIK SALLEH

KOTA TINGGI, SELASA, 22 Januari, 2013: Seramai 252 daripada 56 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir di sini mulai malam tadi berikutan kediaman mereka dinaiki air.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim berkata, kesemua mangsa dari tiga perkampungan di Tanjung Sedeli di sini iaitu Kampung Tun Seh (14 keluarga melibat 62 orang), Kampung Gembut Dalam (23 keluarga - 91 orang) dan Kampung Perepat (7 keluarga - 37 orang) mula dipindahkan di balai raya kampung masing-masing mulai pukul 8 malam.

"Dua lagi pusat pemindahan banjir yang dibuka pukul 12 tengah hari ini iaitu Dewan Kampung Baru Sungai Mas melibatkan 39 orang daripada 5 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Mawai Baru melibatkan 28 orang daripada tujuh keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment