My Add

Friday 18 January 2013

Banjir di Jakarta makin buruk

 *SUSILO (dua dari kiri) diiringi Marty Natalegawaga (kiri) melawat pekarangan
Istana Presiden di Jakarta, yang turut dilanda banjir, semalam. - AFP

JAKARTA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Keadaan banjir di ibu negara Indonesia, semakin membimbangkan selepas kebanyakan kawasan di kota metropolitan ini terus dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini.

Kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar ditenggelami air menyebabkan aktiviti harian penduduk lumpuh, lalu lintas terhenti dan semua pengangkutan awam tidak beroperasi sejak pukul 8 pagi.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa permukaan air Sungai Ciliwung di kawasan Manggarai telah mencapai ketinggian 1,020 sentimer, jauh melepasi paras Siaga I iaitu pada paras 950 sentimeter. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment