My Add

Sunday 6 January 2013

Banjir: penduduk wilayah tengah Sarawak dinasihat berwaspada

SIBU, SABTU, 06 Januari, 2013: Orang ramai di wilayah tengah negeri ini terutama yang tinggal di kawasan rendah diingatkan supaya berwaspada dan bersiap-sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena banjir besar.

Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu/Kapit, Ting Sing Kwong memberitahu, hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air sehingga 0.6 meter.

"Pada 29, 30 dan 31 Disember lalu, taburan hujan didapati agak luar biasa di Kanowit, Kapit, Julau, Belaga, Song dan Sibu.

"Keadaan tersebut telah diburukkan lagi dengan kejadian air pasang besar yang berlaku di Sungai Rejang dan Batang Igan," katanya kepada pemberita di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment