My Add

Wednesday 16 January 2013

Banjir: UiTM jalin kerjasama dengan pakar luar negara

SHAH ALAM, RABU, 16 Januari, 2013: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pakar-pakar itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang air, banjir dan persekitaran.

"Kajian ini akan diketuai oleh saya dan dibantu seramai 20 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM selain mendapat kerjasama n 25 orang lagi penyelidik bertauliah dari lima pusat pengajian luar negara termasuk Indian Institute Of Technology (IIT) Roorkee, India dan Colorado State University, Amerika Syarikat “ katanya kepada pemberita selepas menghadiri simposium Kawalan Banjir di sini.

Simposium itu dihadiri kira-kira 200 petugas agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta penuntut dari universiti tempatan.

Beliau berkata, UiTM akan menjadi tuan rumah kepada pakar-pakar itu sebagai tempat perbincangan dan pengumpulan maklumat bagi menyiapkan kajian berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment