My Add

Sunday 13 January 2013

Bantuan murid prasekolah RM50

Oleh GARRET DAWUM


KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus didesak menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu dalam masa terdekat ini termasuk 'berhutang' dengan murid-murid prasekolah di negeri itu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat berkaitan murid-murid yang pernah menghadiri pendidikan prasekolah di seluruh Selangor sejak tahun 2008.

"Usaha mengumpul maklumat dan profil murid-murid sedang dilakukan dan perhimpunan secara besar-besaran juga akan diadakan melalui jelajah pihak kami di seluruh kawasan Parlimen Selangor dalam tempoh sebulan bersama golongan ibu bapa.

"Himpunan ini bertujuan mendesak kerajaan negeri untuk menunaikan janji manifesto iaitu memberikan bantuan sebanyak RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah sejak tahun 2008 sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri demonstrasi aman Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kawasan Gombak, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment