My Add

Thursday 17 January 2013

Bas penumpang rempuh trak di Nigeria, 14 terbunuh

KANO, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Seramai 14 penumpang terbunuh dan empat lagi cedera parah selepas bas yang mereka naiki merempuh sebuah trak sebelum terbakar di utara Nigeria, semalam.

Pengarah Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Nigeria, Usman Masari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi (1.30 petang waktu Malaysia semalam) apabila bas yang membawa 18 penumpang itu hilang kawalan selepas merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, kemalangan tersebut berlaku berdekatan pekan Potiskum, ibu negeri Yobe.

“Bas tersebut terbakar selepas kemalangan itu, menyebabkan 14 orang terbunuh dan empat lagi mengalami cedera parah," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment