My Add

Friday 25 January 2013

Bekas Mufti Sarawak diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

 PUTRAJAYA, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak dan beka Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1434H/2013M.


Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 besertakan sijil penghargaan dan trofi.

Majlis penyampaian anugerah itu yang bersempenakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan disempurnakan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di Masjid Putra di sini, sebentar tadi.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah.

Agong dan Raja Permaisuri diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - BH

No comments:

Post a Comment