My Add

Monday 7 January 2013

Beli arak guna wang sedekah

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

*GOLONGAN gelandangan yang dicekup polis dalam satu operasi di sekitar Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Biarpun tidak mempunyai tempat tinggal dan sumber pendapatan tetap, golongan gelandangan di ibu kota dikesan sanggup menghabiskan wang hasil kutipan meminta sedekah semata-mata untuk membeli minuman keras.

Malah siasatan pihak berkuasa mendapati, golongan itu mampu memperoleh RM40 sehari hasil kutipan sedekah namun wang itu tidak digunakan untuk membeli makanan, sebaliknya arak.

Berikutan aduan orang ramai dan langkah pencegahan, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi membuat serbuan di beberapa lokasi di ibu negara seperti Jalan Tun H.S Lee dan Jalan Chow Kit, awal pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment