My Add

Thursday 17 January 2013

Bilik Gerakan Banjir bantu rakyat Malaysia di Jakarta dibuka

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Berikutan banjir besar yang melanda kota Jakarta hari ini, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini membuka bilik gerakan bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan maklumat mengenai keadaan semasa di Jakarta.

Bilik gerakan berkenaan boleh dihubungi menerusi nombor 62215224947.

Pada masa ini, kesemua rakyat Malaysia yang berada di sini Jakarta selamat daripada terkena kesan banjir besar yang melanda kota Jakarta.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini sentiasa memantau tahap keselamatan dan kebajikan kesemua rakyatnya khususnya para pelajar yang sedang menuntut di pelbagai universiti di kota ini dari semasa ke semasa.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, pihak kedutaan juga sudah menyiapkan beberapa pelan kontinjensi untuk membantu memindahkan rakyat Malaysia seandainya situasi banjir semakin membimbangkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment