My Add

Monday 7 January 2013

Bishop lega kenyataan Mat Sabu

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing (gambar) lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment