My Add

Friday 25 January 2013

Cadang kerajaan tubuh syarikat urus amah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Persatuan-persatuan pengguna tempatan mencadangkan kerajaan mewujudkan syarikat yang diperbadankan bagi mengurus kemasukan pembantu rumah asing ke Malaysia.

Dua persatuan berkenaan berpendapat, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan syarikat seumpama itu supaya isu mengenai kos pengambilan pembantu rumah bukan sahaja dapat diatasi malah mempunyai kawalan yang lebih baik dalam pelbagai aspek.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, kos yang ditetapkan oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) iaitu RM6,700 masih lagi tinggi dan jumlah itu tidak termasuk kos-kos tersembunyi.

Katanya, kadar tersebut tidak munasabah jika dibandingkan dengan cadangan kos yang dikemukakan oleh Pergerakan Wanita UMNO iaitu antara RM3,000 hingga RM4,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment