My Add

Friday 11 January 2013

CEC: Guan Eng cabar ahli buat bantahan rasmi

PULAU PINANG, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar mana-mana ahli yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu supaya membuat bantahan secara rasmi.

Beliau agak hairan kenapa rasa tidak puas hati ahli-ahli itu hanya dilaporkan dalam media massa sedangkan majlis tertinggi tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana cawangan atau anggota parti.

"Mengapa harus guna media? Tidak sepatutnya perkara ini dibincang secara terbuka dengan mengambil pendirian parti lawan.

"Jika tidak berpuas hati, tulis surat dan kita boleh berbincang dan menyelesaikan masalah ini mengikut saluran dalaman parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment