My Add

Friday 18 January 2013

Dakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Seorang Ahli Parlimen hari ini mendesak kerajaan tidak berkompromi dengan perbuatan pelakon, Patrick Teoh yang menghina kesucian Islam di Facebook kelmarin.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ekoran penghinaan tersebut, Patrick wajar disiasat serta didakwa di bawah pertuduhan jenayah berdasarkan peruntukan 298A Kanun Keseksaan.

"Siasatan dan pertuduhan jenayah menurut 298A Kanun Keseksaan (terhadap Patrick) mesti diambil kerana kita tidak boleh berkompromi dalam isu berkaitan dengan agama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan biadab Patrick di laman Facebook kelmarin yang jelas menghina Islam termasuk memperlekehkan amalan solat dan menutup aurat dalam kalangan umat Islam.- UTUSAN 

No comments:

Post a Comment