My Add

Monday 7 January 2013

DAP musnahkan pelan pembangunan rakyat Pulau Pinang

PULAU PINANG, AHAD, 06 Januari, 2013: Rancangan pembangunan lima tahun negeri yang telah dirancang oleh Barisan Nasional (BN) tergendala selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri, sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat.

Penasihat Khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, lebih memburukkan keadaan, selain tidak dapat melaksanakan program pembangunan, Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diberi mandat, tidak berjaya membawa kemajuan hebat kepada negeri ini sejak memerintah pada 2008.

“Perkara ini berlaku kerana parti politik yang tidak mempunyai pengalaman sebenarnya sukar memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negeri ke tahap yang lebih baik.

“Lebih membimbangkan, disebabkan pengalaman cetek tersebut, cara mereka hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan menjejaskan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Konvokesyen Ke-12 Island College of Technology Pulau Pinang (Kolej ICT), di sini hari ini. - ,,U0TUSAN

No comments:

Post a Comment